Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,
YBhg. Dato’/Tuan/ Puan,
MEKANISME PELAKSANAAN KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)
Dengan hormatnya saya
merujuk perkara di atas dan surat Jabatan bil. JKM/KK500/02/45 Jld.10 (95)
bertarikh 22 Disember 2023 adalah berkaitan.
2. Kursus Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) merupakan suatu kursus yang diberikan kepada
bakal pengusaha/ pengasuh yang berminat untuk memberikan perkhidmatan asuhan
dan didikan awal kepada kanak-kanak yang berumur bawah empat (4) tahun. Kursus
ini merupakan syarat wajib sebagaimana yang dinyatakan di dalam
Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.
3. Selaras dengan perkembangan semasa dan
keperluan meningkatkan kualiti perkhidmatan TASKA, sukacita dimaklumkan bahawa mulai tahun 2025 kaedah pelaksanaan Kursus
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) serta pelaksanaan Praktikum
bagi kursus KAP hendaklah dilaksana secara bersemuka.
4.
Oleh yang demikian, dalam memastikan perkara ini
dipatuhi, Agensi Latihan KAP hendaklah;
4.1. Melaksanakan
kursus KAP secara bersemuka dengan melibatkan peserta seramai maksimum 40 orang
dalam satu masa;
4.2. Melaksanakan
praktikum dan latihan amali KAP secara bersemuka di TASKA berdaftar;
4.3. Pakej
latihan KAP yang diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah
berdasarkan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA;
4.4. Mempunyai
sekurang-kurangnya enam (6) jurulatih dan empat (4) orang fasilitator yang
mempunyai tempoh sah pengiktirafan;dan
4.5. Memastikan
prasarana dan kemudahan yang bersesuaian disediakan.
5. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA 2013 masih terpakai dan dibaca bersama surat
Mekanisme Pelaksanaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)
ini.
6. Arahan
ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025.
Sekian,
terima kasih.