|
Selamat datang ke
Sistem Pengendalian Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Kursus Asas
Pusat Jagaan (eZi2Care), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Antara
lain, eZi2Care membolehkan pengguna mendaftar untuk menyertai Kursus
Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diadakan oleh agensi yang diiktiraf oleh
JKM diseluruh negara.
Kursus Asas Asuhan
Kanak-Kanak (KAAK) menawarkan modul lengkap khusus bagi melatih bakal
pengasuh di TASKA. Walau bagaimanapun, penyertaan tidak terhad kepada
bakal pengasuh sahaja.
Ibubapa atau sesiapa yang berminat tentang teknik asuhan kanak-kanak
di bawah umur 4 tahun digalakkan menghadiri KAAK yang diadakan oleh
Persatuan / Organisasi /Agensi berdaftar dengan JKM.
Semua pengendali
Pusat Jagaan DIWAJIBKAN pendaftarkan Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat
Jagaan 1993 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menganjurkan Kursus Asas Pusat
Jagaan (KAPJ) untuk bakal Penjaga. KAPJ menawarkan kandungan lengkap
teori dan amali bagi menyediakan Penjaga dengan teknik penjagaan yang
sistematik dan berkesan.
|
|